Saturday, June 16, 2012

thanks and happy to you...

hai semua...ape khabar...harapnye sihat kerana masih berupaya membaca blog sye nie.
hari ini sya nak bercerita tentang ayah/papa/walid/baba/dada/abah dan bnyak lgi....
tapi saya nak cerita pasal AYAH saya.korang kenal tak Hj Mustafa?..klau tak kenal mari lah sye cerita kan kisah hidup nye. nama di beri Mustafa bin Hj Mohd Noor. beliau di lahir kan pasa 16-11-1048 selps kemerdekaan negara kita..beliau ini dibesar kan oleh kedua ibu bapa yang mementingkan tarbiah agama, beliau juga mempunyai sebuah keluarga yang begitu ramai dan sumber kewangan bapanya bergantung pada hasil kebun, mengajar orang mengaji. begitu besar pengorbanan si bapa itu.beliau di sekolah kan di sekolah arab klang padang jawa. yang kini di panggil sekolah hishamuddin klang.(klau tak salah saya).beliau banyak mentalaah tentang ilmuan agama dari sheikh2 yang ada. sehinggalah tamat pembelajarannya di sekolah tersebut. kerana faktor kurang mampu beliau tidak menyambungkan pelajaran ke lebih tinggi jadi beliau berkerja sebagai guru di merta tempat. setelah beberapa tahun beliau mengajar,beliau . meletak kan jawatan dah bernikah dengan seorang wanita yang beliau cintai, kemudian beliau dan si isteri bercadang untuk menjual kuih muih di pekan dan kemudian di kantin sekolah..dan pada waktu itu menjual kuih ada lah keja sambilan beliau , beliau melaporkan diri sebagai pengimpal di LPK(kerajaan)..beliau telah menghasilkan banyak kapal-kapal,bot-bot dan banyak lagi. beliau juga banyak mendapat kerja-kerja kuar seperti menghantar sendiri kapal yang telah siap ke destinasinya.jadi beliau sangat sibuk dengan kerja.tetapi beliau akan cuba mencari masa untuk mengajar anak-anak beliau. Tiap-tiap hari selepas solat maghrib kami semua akan mengaji dengan ayah.beliau sangat tegas semasa menghafaz. rotan dan tali pinggang selalu mengena pada punggung dan tangan sekiranya tersalah baca. ini menguatkan kami semua untuk terus belajar. sambil ayah mengajar kami, ayah juga mengajar anak-anak kg di daerah itu , adalah lebih kurang 10 ke 15 orang..tapi ayah sedikit pun tidak mengambil upah.. setelah hampir 34 tahun ayah bertugas , terjadi satu insiden yang melibat kan kapal itu terhempas. Pada hari itu ayah di tugaskan untuk mengalih kontena dari pelabuhan ke kapal, pihak bertugas telah menyatakan yang tali itu hampir reput, tetapi ada pihak yang bertegas mahu menggunakan tali tersebut. ketika kontena sedang di angkat tali itu putus dan jatuh dan kemudian beberapa pekerja melabung dan tangan ayah patah sebelah kiri,kini tangan ayah masih ada besi. Tetapi ayah kuat, ayah mengambil pancen awal dan berkhidmat pula di rumah, menjadi seorg bapa dan seorang suami pada kami. setelah 5 bulan ayah pencen , ayah mengambil keputusan untuk membuka perniagaan di hadapan rumah. mulanya sebuah kedai yang kecil kemudian ayah telah memperbesarkan perniagaan kedai runcitnya.dengan kudrat yang ada itu ayah kuat dan tabah untuk membesarkan anak-anaknya. Alhamdulillah.anak-anak ayah dan emak kini dah berjaya dengan berkat doa dan usaha kami berjaya dengan jayanya. kini anak ayah ada yang menjadi cikgu ,
 pegawai , pembawa lori , akauntan , perniaga , dan chef,.syukur doa-doa dari ayah dan emak telah beri kejayaan kepada kami. mungkin ada segelintir anak-anak ayah yang masih berdegil, tp ayah tetap sabar. ayah selalu cakap pada saya "anak  ayah semua dah besar, dah berjaya, pandai mengatur hidup masing-masing.dan bersyukur lah anak-anak selagi ayah masih ada" tersuntuh di hati saya apabila mendengar kata-kata ayah itu. mungkin kami dah kehilangan emak yang tercinta, dan biarkan lah kami bersama ayah pula hingga ke hari kiamat nanti.~amin~.. Ada satu hari sahabat karib ayah meninggal dunia, dan ketika itu abg ke lima saya menemani ayah, ayah berpesan pada abg" sekiranya ayah tidak ada nnati jaga lah emak(tiri ku) dan adik -adik mu(tiri ku) dengan baik."ayah tidak pernah berkata sebegitu kepada kami,.kami klau boleh mahu ayah sentiasa berada dengan kami. saya pernah terfikir kesian pada insan yang sudah tiada bapa tetapi mahukan belaian seorang bapa, tapi ada juga anak yang masih mempunyai bapa tetapi menderhaka kepada bapa.itu lah yang dinama kan tidak syukur dengan apa yang ada. mungkin1 hari nnti kita akan dapat pembalasan dengan apa yang telah kita lakukan.

ayah ku..love2 u so much

dlu2 kala....arwah emak pun ada

nie ble semua dah kawe...without me and adek2 tiri ku yg lain

ayah..thanks sbb sudi sponser camera..love2


ayah dri bruno mars...ayah mars..so sweet

"wahai ayah,ku berterima kasih pada mu,
tanpa ada kamu,mungkin juga aku tidak bernyawa di dunia ini
dengan kekuatan mu, kami semua berjaya
kasih mu ayah kami simpan hingga bila-bila
wahai ayah ku yang ku sayangi,
mungkin telah bejuta-juta duit mu habis
tetapi sedikit pun ayah tidak mintak hasil dri kami
wahai ayah ku yang baik hati.
jasa dan pengorbanan mu sungguh besar buat kami.
oh ayah ku,sahabat seumur hidup ku.

ingat lah jasa dan pengorbanan seorang bapa yang sanggup bersusah payah membesarkan kita,
walaupun sejahat mana, seburuk mana beliau, dia tetap ayah kita ,dan dialah darah deging kita.
tdahkan lah tangan mu dan pinta lah pada Allah semoga umur ayah di panjangkan , dan dosa-dosanya di ampun kan.berjasalah pula pada bapa mu.

to ayah ku..thanks sebab menjaga dan memanja kan adek sejak dri kecik hingga ke besar.
I LOVE U AYAH
ini lgu khas buat ayah-ayah


p/s:Ayah still kacak dri dlu smpai skrg


SAYANG KAMU YANG MEMBACA

2 comments: